Liga Super Malaysia 2024–25

Liga Super 2024–25 (bahasa Inggeris: 2024–25 Super Leaguecode: en is deprecated ) juga dikenali sebagai Hyundai Liga Super atas sebab penajaan,[lower-alpha 1][perlu rujukan] adalah merupakan musim yang ke-21 sejak Liga Super Malaysia, liga bola sepak profesional di Malaysia diperkenalkan pada tahun 2004, dan musim ke-43 bola sepak Malaysia secara keseluruhan.Ini adalah musim pertama untuk liga mempunyai jadual dua tahun, bukannya jadual sepanjang tahun sejak musim 2007–08. Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dijangka memperkenalkan dan meneruskan rancangan asal untuk melaksanakan format baharu Liga Malaysia dengan liga dijangka bermula pertengahan tahun ini, mengikut format kalendar Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mulai 2024.[1][2] AFC menukar kalendar pertandingan dari Ogos kepada Mei bermula musim 2023–24 untuk memudahkan penyusunan jadual selari dengan kalendar antarabangsa FIFA.[3] Pada 22 Disember 2023, MFL mengumumkan tarikh sepak mula musim baharu Liga Malaysia 2024–25. Musim baharu akan bermula pada 3–5 Mei 2024, sehingga April 2025 berikutan perpindahan liga menyelaraskan musim domestik dengan kalendar AFC baharu.[4] Ia adalah musim kedua selepas penstrukturan semula, dengan 16 pasukan (bukan 12). Ini akan menjadi musim pertama liga secara rasmi menggunakan teknologi pembantu pengadil video (VAR).Johor Darul Ta'zim adalah juara bertahan ketika ini dari musim 2023.

Rujukan

WikiPedia: Liga Super Malaysia 2024–25 https://www.nst.com.my/sports/football/2023/12/995... https://www.freemalaysiatoday.com/category/sports/... https://www.malaysianfootballleague.com/standings-... https://www.malaysianfootballleague.com/portal/ind... http://www.fam.org.my/ https://makanbola.com/liga-malaysia-dijangka-selar... https://www.flashsukan.com.my/perubahan-besar-mena... https://www.flashsukan.com.my/jadual-liga-m-musim-... https://www.malaysianfootballleague.com/Content/Po...